fbpx
PENDUDUK menggeledah di celah-celah runtuhan selepas letupan kuat di Apiate, barat Ghana semalam. - CNN

Letupan kuat bunuh 17 orang di Ghana, 59 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ACCRA – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 59 lagiĀ  cedera dalam letupan kuat di sebuah bandar di Ghana yang berlaku selepas lori membawa bahan letupan untuk sektor perlombongan berlanggar dengan sebuah motosikal, kata kerajaan.

Letupan besar itu meninggalkan kawah besar dan menyebabkan berpuluh-puluh bangunan kayu runtuh. Kemalangan berlaku di Apiate, dekat bandar Bogoso sekitar 300 kilometer ke barat ibu negara Ghana, Accra.

ā€œSeramai 17 orang disahkan mati dan 59 mangsa yang cedera telah diselamatkan,ā€ kata Menteri Maklumat, Kojo Oppong NkrumahĀ  dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tanda-tanda awal menunjukkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori membawa bahan letupan untuk syarikat perlombongan, sebuah motosikal dan kenderaan ketiga yang berlaku dekat sebuah transformer elektrik.

ā€œDaripada 59 mangsa yang cedera, 42 orang dirawat di hospital atau pusat perubatan dengan sebilangan mereka kritikal,ā€ tambah Nkrumah.

Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo menganggap kemalangan itu sebagai insiden yangĀ  amat menyedihkan dan penuh tragis. Beliau juga menzahirkan ucapan takziah kepada waris mangsaĀ  terkorban.

ā€œIni adalah Khamis yang hitam. Setakat ini (semalam) sebanyak 500 buah rumah terjejas. Sebahagian musnah sepenuhnya dalam letupan itu dan sebilangan yang lain mengalami keretakan,ā€ kata Timbalan Penyelaras Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional,Ā Sedzi Sadzi Amedonu.

ā€œBandar Apiate kini menjadi seperti bandar hantu,ā€ katanya. – AFPĀ 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN