PHILADELPHIA – Croatia mengesahkan tempat ke pusingan 32 Piala Dunia 2026 selepas berjaya tewaskan Ghana 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan L di Stadium Philadelphia, sebentar tadi.
Keputusan itu memberikan kelegaan dan mengelak kekecewaan buat Croatia yang hadir selaku pemenang tempat ketiga pada edisi di Qatar, empat tahun lalu.
Terdahulu, serangan balas balas Croatia pada minit ke-17 hampir membuahkan hasil sebaliknya percubaan Nikola Vlasic hanya mengenai tiang gol Ghana namun sebaik aksi memasuki minit ke-31, jaringan yang dicari akhirnya terlerai menerusi penyudah sempurna Petar Sucic.
Kelebihan satu gol itu kekal sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Sebaliknya, kelebihan Croatia membuatkan Ghana makin agresif dan minit ke-73, usaha berterusan The Black Stars terbalas apabila Derrick Luckassen meledak gol penyamaan.
Sebaliknya, Nikola Vlasic mengesahkan namanya selaku wira Croatia apabila meledak gol kemenangan skuad The Checkered Ones pada minit ke-83.
Bagaimanapun, kekalahan ini tidak beri kesan besar kepada Ghana yang turut layak ke pusingan 32, iaitu kemaraan ketiga wakil Afrika itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia. AGENSI














