fbpx
BONSAM membuat ramalan Cape Verde bakal singkirkan Argentina dan Ronaldo bakal julang trofi Piala Dunia. - AGENSI

‘Bomoh’ Ghana dakwa Ronaldo bakal kecewakan Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – ‘Bomoh’ sensasi dari Ghana, Nana Kwaku Bonsam sekali lagi mencuri perhatian dunia selepas membuat ramalan berani mengenai Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung.

Tokoh spiritual yang penuh kontroversi itu, yang terkenal dengan pelbagai ramalan berkaitan bola sepak mendakwa bahawa Cristiano Ronaldo bakal mengakhiri penantian menjulang Piala Dunia apabila bakal memenanginya bersama Portugal kali ini.

Lebih mencetuskan kehangatan, Bonsam turut mendakwa bahawa pasukan yang sedang berada pada prestasi terbaik, Argentina yang diketuai oleh Lionel Messi bakal pulang awal apabila akan ditewaskan Cape Verde pada aksi pusingan 32 nanti.

Menurutnya, negara Afrika itu akan mencipta kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia dengan menewaskan skuad Argentina yang menang bergaya dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dan Messi sendiri sudah meledak enam gol.

“Piala Dunia kali ini adalah milik Portugal dan Cristiano Ronaldo. Mereka akan memenanginya,” katanya.

Bomoh tersebut sememangnya bukan asing daripada mencetuskan kontroversi setiap kali berlangsung kejohanan bola sepak utama.

Sebelum perlawanan peringkat kumpulan antara Ghana dan England, Bonsam mendakwa bahawa beliau telah mengenakan sumpahan terhadap Harry Kane bagi menghalang penyerang itu daripada menjaringkan gol ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Ramai yang menganggap dakwaannya hanyalah kepercayaan karut, namun ada juga yang mengaitkannya dengan ramalan terdahulu mengenai Kane yang kebetulan gagal menjaringkan gol ketika menentang Ghana.

Keyakinan penyokong terhadap Cape Verde turut meningkat selepas mereka berjaya mengikat Sepanyol, pasukan yang berada di tangga kedua ranking FIFA dengan keputusan seri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN