fbpx
Tangkap layar video Mohd. Izhar berhubung keadaan tandas awam di satu tempat rekreasi di Port Dickson.

[VIDEO] ‘Mentaliti rumah sendiri wajib bersih, tempat lain lantaklah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam sikap segelintir pengguna yang masih tidak bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan biarpun kemudahan telah disediakan pihak yang berkenaan.

Luahan itu dikongsikan rakyat Malaysia selepas pendakwah yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim memuat naik satu video keadaan tandas awam di satu lokasi rekreasi di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Satu perkara kau orang kena ingat, inilah standard mentaliti rakyat Malaysia. Macam mana ni? Kerajaan dah bagi tandas, bagi baik. Korang kotorkan ye,” katanya menerusi video dikongsikan di media sosial

Menerusi video berkenaan, kelihatan sampah bersepah dan dibiarkan di luar tong sampah termasuk di atas lantai tandas.

Ia turut mengundang kemarahan orang ramai terhadap pengguna yang tidak menjaga kebersihan di tempat awam.

“Bila dicadangkan penjagaan bangunan seperti yang Jepun lakukan, bermula dari sekolah rendah. Ramai melenting,” komen pengguna Facebook @Harry Sarawak.

“Mentaliti rumah sendiri wajib bersih, tempat lain lantaklah. Pasti ada orang lain bersihkan. Jika mentaliti ini masih kita amalkan, negara kita akan jadi negara sampah,” kata @Mohd. Sabirin.

“Dasar pengotor memang begitu, tidak tahu menghargai kemudahan diberi,” komen @Noraine Badarudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN