fbpx
ONN Hafiz ketika hadir Perjumpaan Bersama Jentera BN Mersing di Command Centre BN Taman Lautan Biru, hari ini.

PRN Johor: UMNO tak pernah merajuk tuntut DUN Tenggaroh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Selepas empat dekad menanti dan berkorban demi semangat setiakawan, impian UMNO untuk kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh akhirnya menjadi kenyataan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

​Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tuntutan untuk meletakkan calon UMNO di kerusi tradisi MIC itu bukanlah satu proses yang mudah, sebaliknya menuntut pengorbanan besar di kawasan lain demi mengekalkan prinsip perkongsian kuasa parti komponen.

​Menurutnya, DUN Tenggaroh sebelum ini telah ditandingi MIC selama 40 tahun berturut-turut, namun jentera UMNO di kawasan tersebut tidak pernah sekali pun mengasingkan diri atau merajuk setiap kali musim pilihan raya tiba.

“Selama 40 tahun UMNO minta kerusi ini (DUN Tenggaroh) betul atau tidak? Dan setiap kali pilihan raya tak dapat.. UMNO tak pernah merajuk, tetap berjuang untuk BN dan DUN Tenggaroh tak pernah kalah, betul tak?

​”Terus setia dengan perjuangan. Sebab itu, saya berterima kasih dengan jentera-jentera di peringkat DUN Tenggaroh. Rakan-rakan MIC jangan merajuk. Dekat sini, di kawasan DUN Tenggaroh, ada 500 pengundi India daripada 38,000 pengundi. Jadi, ini bukan isu perkauman.

“Kita dalam semangat BN, ada istilah perkongsian kuasa. Bila Tenggaroh minta merayu dengan saya, saya tak tergamak nak menolak. Dalam semangat perkongsian kuasa, bila kita bawa keluar satu parti komponen, kita kena letak parti komponen itu di kerusi yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Jentera BN Mersing di Command Centre BN Taman Lautan Biru, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN