fbpx

Pembantu dewan bedah antara tiga ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashari menunjukkan hasil rampasan dadah seberat 5 kg di IPD Wangsa Maju di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pembantu dewan bedah sebuah hospital kerajaan antara tiga yang ditahan disyaki melakukan kegiatan pengedaran dadah di Kampung Bandar Dalam, Setapak di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan penjawat awam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Wangsa Maju pada pukul 6.45 petang itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek.

“Menerusi tangkapan itu, suspek berusia 40-an membawa beg silang mengandungi satu bungkusan dadah jenis ganja 1,000 gram dan polis bertindak membuat rampasan tiga lagi bungkusan ganja seberat 3,000 gram di kediaman suspek dekat Pudu.

“Siasatan lanjut polis turut menahan isteri suspek dan menjalankan tangkapan lain seorang pemilik restoran disyaki pengedar utama di Kota Damansara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas sebanyak lima kilogram menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM9,800.

Jelasnya, kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai telah aktif selama setahun di sekitar Wangsa Maju dan pihaknya tidak menolak kemungkinan dadah itu diedarkan di hospital.

“Kesemua suspek telah direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI