fbpx
Lapan PATI warga Myanmar yang ditahan polis di jambatan Lemal, Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN PDRM

Sumbat 8 PATI warga Myanmar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Cubaan dua ahli sindiket penyeludupan untuk membawa masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita warga Myanmar dengan menyumbat mereka ke dalam sebuah kereta gagal apabila mereka ditahan di jambatan Lemal, di sini hari ini.

Dalam tangkapan pada pukul 1.30 pagi itu, kedua-dua lelaki tersebut sempat melarikan diri semasa kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka bersama PATI ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, anggota polis melihat sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan laju dan mencurigakan di kawasan Padang Licin menghala ke Pasir Mas semasa menjalankan rondaan.

Menurutnya, anggota polis terus mengejar kereta tersebut dengan meminta bantuan daripada unit peronda untuk bantuan.

“Kereta jenis Proton Persona itu berjaya ditahan di atas jambatan Lemal di sini. Pemeriksaan mendapati, kereta tersebut membawa tujuh lelaki dan seorang wanita PATI warga Myanmar yang berada di tempat duduk bahagian belakang.

“Bagaimanapun, dua lelaki yang membawa kesemua PATI telah meloloskan diri selepas kereta tersebut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, pemeriksaan mendapati, lapan warga Myanmar itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah memasuki negara ini.

Jelasnya, kesemua PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN