fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang meninggal dunia hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri J. J Raj (Jr) yang telah meninggal dunia hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada PDRM dan negara. Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada PDRM dan negara.

“Mendiang yang berasal dari Chemor, Perak dan berusia 100 tahun, terkenal selaku Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor yang pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang diserang pengganas komunis, sewaktu era darurat pada tahun 1950,” katanya di sini hari ini.

Menurut Istana Negara, mendiang dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman pada tahun 1974 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 1976 dengan pangkat Komisioner Polis.

Sepanjang perkhidmatan dalam PDRM, mendiang pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Pagoh (1950), Ketua Polis Daerah Tangkak (1952), Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (1954), Ketua Polis Daerah Kulim (1955), Ketua Polis Daerah Segamat (1957) dan Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur (1958) dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan (1959).

Mendiang juga pernah dilantik menjadi Ketua Polis Negeri Pahang (1961), Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu (1964), Ketua Polis Negeri Sembilan (1967), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Sarawak (1969) dan Ketua Polis Selangor (1973) serta Pengarah Pengurusan Bukit Aman (1974) sebelum bersara dua tahun selepas itu.

Selepas bersara, mendiang membabitkan diri secara aktif dalam sektor korporat, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarelawan dan persatuan sukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI