fbpx
Gambar hiasan

Jalan pulang penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID AHMAD TARMIJI, WARTAWAN EKSEKUTIF.

PENYALAHGUNAAN dadah sudah menjadi ‘barah’ yang telah lama bersarang dalam masyarakat kita.

Pelbagai usaha telah dilaksa­nakan oleh pihak yang bertanggungjawab, namun permasalahan ini dilihat masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Pelbagai faktor mendorong seseorang itu mengambil dadah dan antara alasan yang kita dengari adalah hanya sekadar untuk mencuba, terpengaruh dengan rakan, untuk menghilang tekanan hidup dan sebaginya.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan mengunjungi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan dapat menemu bual beberapa orang penagih situ.

Angah (bukan nama sebenar) menjelaskan dia telah mengambil dadah jenis ganja seawal usia 12 tahun lagi.

Menurutnya, semuanya berpunca daripada pengaruh kawan dan akhirnya dia menjadi salah seorang penagih tegar.

“Pelbagai jenis dadah telah saya cuba sepanjang menjadi penagih dan pernah juga me­lakukan kerja-kerja jenayah untuk mendapatkan duit bagi membeli barang terlarang ini.

“Walaupun terlibat dalam penyalahgunaan dadah saya masih mempunyai keinginan untuk berubah dan secara rela menyerah diri untuk mendapatkan rawatan di Puspen,” jelasnya.

Angah menjelaskan, kini dia telah menyerahkan diri ke Puspen buat kali ketiga bagi membolehkannya mendapatkan ra­watan.

Kali terakhir dia keluar dari Puspen itu pada awal 2019 dan pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan.

Namun setelah pandemik Co­vid-19 melanda telah menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.

“Hampir saya berjaya tidak menyentuh sebarang dadah. Namun setelah kehilangan pekerjaan ianya membuatnya saya tertekan.

“Saya selesaikan masalah tekanan itu dengan kembali mengambil dadah. Tidak dapat dinafikan stok untuk mendapatkan bekalan dadah juga cukup mudah dan itu juga menjadi penyebab saya kembali menagih,” jelasnya.

Dalam pada itu, pandemik Covid-19 yang berpanjangan sebenarnya turut meningkatkan isu sosial seperti kemurungan, bunuh diri dan termasuk pe­nyalahgunaan dadah.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Mohd Hamdi Ab. Shukor berkata, kehilangan pekerjaan, masalah keluarga dan ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan norma baharu terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Perge­rakan antara faktor menyumbang kepada isu tersebut.

“Kesulitan ketara dapat dilihat dalam kalangan individu yang mempunyai diagnosis ganda iaitu melibatkan pesakit mental yang mempunyai yang mempunyai komorbiditi penggunaan dadah.

“Mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan selain dilabel sebagai bekas banduan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kesihatan Mental dan Ketagihan 2021 anjuran Pusat Kajian Sains Penagihan UM.

Persidangan bertemakan Pemerkasaan B40 Terpinggir Melalui Rawatan dan Sokongan itu membincangakan mengenai penekanan rawatan perubatan sebagai kaedah pemulihan dengan dianggarkan 60 peratus daripada penagih terdiri daripada kelompok B40.

Mohd. Hamdi berkata, UM dikelilingi kawasan panas pengguna dadah dengan kebanyakan pesakit yang mendapat rawatan Terapi Gantian Metadon berasal dari kawasan sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI