fbpx
DZULKHAIRI MUKHTAR

Budak 3 tahun positif dadah makan gula-gula milik pempengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dikejarkan ke Hospital Melaka dalam keadaan separuh sedar sebelum disahkan positif dadah disyaki telah memakan gula-gula milik suspek, juga seorang pempengaruh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil soal siasat awal, suspek mendakwa gula-gula tersebut telah dibeli dari negara jiran dan mengandungi bahan terlarang.

“Suspek berusia 39 tahun tinggal bersama ibunya yang merupakan pengasuh kepada mangsa dan gula-gula tersebut disimpan di dalam peti ais di rumah berkenaan.

“Tanpa disedari, mangsa yang gemar gula-gula dipercayai telah mengambil dan memakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, mangsa didapati tidak sedarkan diri walaupun telah beberapa kali dikejutkan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di rumah suspek tidak menemui gula-gula seperti yang didakwa,” katanya.

Dzulkhairi berkata, laporan berhubung kejadian telah dibuat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka selepas menerima dan merawat mangsa dalam keadaan separuh sedar kira-kira pukul 5 petang pada 14 April.

Katanya, pengadu memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak tersebut positif bahan terlarang jenis Tetrahydrocannabinol (THC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN