PUTRAJAYA – Hanya kakitangan sokongan sekolah yang sudah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 dibenarkan memasuki premis itu susulan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober depan.
Pemberitahuan itu dimaklumkan menerusi satu surat pekeliling bertarikh 3 September kepada kontraktor perkhidmatan kawalan keselamatan (PPK), perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) dan bekalan makanan mentah (BMM).
“Bagi memastikan usaha kementerian ini dalam mencapai imuniti kelompok di kawasan sekolah, hanya pekerja-pekerja lengkap menerima vaksin Covid-19 dibenarkan memasuki premis sekolah untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut,” katanya.
Katanya, kebenaran itu terpakai buat penerima dos lengkap yang melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.
“Bagi penerima satu dos vaksin CanSino dan Johnson& Johnson, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan,” katanya.
Surat pekeliling itu juga meminta kontraktor-kontraktor berkenaan memastikan pekerja di bawah selian mereka lengkap menerima vaskin Covid-19 sebelum memasuki premis sekolah terlibat.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum ini berkata, guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














