fbpx
ABDUL RAHMAN ARSHAD

Pro Canselor UiTM meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang dekat sini.

Jenazah kini sedang disolatkan di Masjid Jamiul Huda Ampang sebelum dikebumikan di Kampung Air Limau, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Pendaftar UiTM dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Allahyarham Abdul Rahman yang dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Disember 2002. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN