LONDON – Lima penumpang secara sukarela turun daripada pesawat milik syarikat penerbangan EasyJet kerana kapal terbang itu menjadi terlalu berat untuk berlepas dari sebuah lapangan terbang di Britain, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Seorang jurucakap EasyJet berkata, kelima-lima penumpang itu meninggalkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang London Southend ke Malaga pada pukul 8.40 pagi (waktu tempatan), baru-baru ini.
Seorang penumpang yang kekal dalam penerbangan tersebut, Kelly Wayland,45, menyangka juruterbang hanya bergurau.
“Saya fikir juruterbang sedang bergurau. Dia kemudian meminta enam orang untuk turun daripada pesawat sebelum berlepas.
“Kakitangan menyuarakan pendapat untuk menerbangkan bagasi secara berasingan, namun lima penumpang secara sukarela keluar daripada pesawat dalam masa 10 minit,” kata Wayland.
EasyJet memaklumkan bahawa pelanggan terjejas akan diberi perjalanan percuma dari Essex ke London Gatwick untuk penerbangan alternatif pada hari sama dan menerima pampasan. – AGENSI














