fbpx
Tangkap layar video menunjukkan timbunan kulit kerang yang terbiar selama beberapa tahun di sepanjang pesisir pantai. - TikTok

Timbunan kulit kupang tinggi 2 meter terbiar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Jakarta Utara, Indonesia dibelenggu masalah bau busuk apabila timbunan kulit kupang setinggi 2 meter dibiarkan di tepi pantai selama beberapa tahun, lapor portal Berita Satu. 

Pengalaman menjijikkan itu dialami oleh penduduk tempatan di Kalibaru, daerah Cilincing baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sepanjang kawasan pantai itu dipenuhi timbunan kulit kupang.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan bau busuk, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap pencemaran alam sekitar dan merosakkan garis pantai. 

Seorang pegawai Agensi Alam Sekitar Kepulauan Seribu, Syarifudin berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai usaha dan kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar untuk mencari tapak pelupusan yang sesuai. 

“Pengusaha-pengusaha kupang ini mungkin tidak mempunyai tapak pelupusan. Bagi mereka, membuang kulit kupang ke laut dianggap sebagai idea yang baik. 

“Namun, bagi kami sebagai orang yang memahami laut, ia bukan satu idea yang bernas,” kata Syarifudin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN