PETALING JAYA – “Ibu bapa, tolong la jangan besarkan anak dalam persekitaran ‘baran’, menengking, tinggi suara, marah-marah dan maki hamun.”
Itu pesanan seorang wanita @Ftnnrshfqa_ kepada semua ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak.
Individu itu berkata, keadaan itu boleh memberi kesan kepada sikap anak-anak pada masa akan datang antaranya cenderung ‘melukakan’ hati orang lain.
“Tahu tak kesannya apa? Anak tu dah besar (nanti) akan ada sifat negatif yang dia serap daripada kecil ketika dibesarkan. Untuk sisi lainnya, sifat itu akan ‘melukakan’ orang lain.
“Ku tengok kebanyakan orang yang narsistik, negatif dan baran ni semua ada latar belakang dibesarkan dalam keadaan yang penuh marah, maki hamun, menengking dan mencaci,” katanya.
Hantarannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Jujurnya betul, tapi tetap ada anak yang break the pattern (pecahkan kebiasaan), jadi pendiam, sabar, tak suka bergaul dengan orang dan sebagainya, tapi kalau tak didengari berkali-kali…mungkin meletup,” kongsi seorang pengguna.
“Dah 28 tahun, trauma tu masih ada sampai sekarang. Bila ada sesuatu yang ‘triggered’ (terkesan) atau tiba-tiba teringat, memang akan menggeletar dan sesak dada. Lepas tu nangis sorang-sorang,” luah pengguna lain.
“Bukan anak je trauma. Bini sekali trauma. Nak hilang trauma tak tahu macam mana,” komen @Iiiymaa. – KOSMO! ONLINE














