fbpx
MENDIANG K. Pragas meninggal dunia di Hospital Tampin semalam selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lalu. - Foto Ihsan JBPM Negeri Sembilan.

Anggota bomba pertama di NS maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba Seremban 2 dekat sini dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada pukul 10.30 malam semalam.

Mendiang, K. Pragas, 49, meninggal dunia di Hospital Tampin selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, mendiang dikesan positif Covid-19 pada 21 Julai selepas dia bersama ahli keluarga termasuk anak dan isteri membuat ujian saringan pada 19 Julai lalu dan telah menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Rantau.

“Bagaimanapun, malam tadi saya mendapat makluman mengenai kematian mendiang apabila dihubungi adiknya pada pukul 1.45 pagi,” katanya hari ini.

Mendiang yang sudah berkhidmat selama 26 tahun merupakan pemandu motosikal dan jentera yang berkhidmat di Unit Bermotor Bomba (Rapid Intervension Motorcycle) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Menurut beliau, mendiang meninggalkan isteri dan tiga anak berusia bawah 12 tahun.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya amat sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Menurut Ahmad Mukhlis, ini merupakan kes pertama kematian akibat Covid-19 melibatkan anggota bomba di negeri ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN