fbpx

Durian D24 digilai di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 8 Julai 2020 menunjukkan buah durian dipamerkan untuk dijual di sebuah gerai Kuala Lumpur. - AFP

BEIJING – Durian Malaysia mengungguli jualan buah-buahan dan sayuran pada satu festival peruncitan besar-besaran di China sekali gus membuktikan populariti raja buah itu lapor laman berita South China Morning Post hari ini.

Durian paling popular yang dijual pada festival 618 JD.com itu adalah durian Sultan  atau D24 dari negeri Pahang, demikian menurut media tempatan yang memetik data daripada gergasi e-dagang tersebut.

Festival jualan itu adalah yang kedua terbesar di China selepas jualan Hari Bujang oleh konglomerat Alibaba.

Jualan durian itu lebih laris berbanding aiskrim dan buah peach. 

Populariti buah yang memiliki bau kuat itu melonjak di China dengan import durian segar meningkat empat kali ganda kepada AS$2.3 bilion (RM9.4 bilion), tahun lalu, demikian menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Durian muncul buah import nombor satu di China dari sudut nilai  dan mengatasi import ceri pada 2019.

Walaupun pelancongan durian yang menyaksikan pelancong China melawat dusun durian di Malaysia ditangguhkan akibat sekatan perjalanan disebabkan pandemik koronavirus, diplomasi durian masih lagi  kukuh.

Pembekal durian terbesar Malaysia,  MAPC Sdn. Bhd. telah menubuhkan tujuh buah pusat untuk mempromosikan durian Musang King di bandar-bandar di China sejak setahun lalu.

Syarikat itu mengeksport 90 peratus buahnya ke China. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI