Tangkap layar video tular seorang lelaki hanya berseluar pendek memanjat struktur besi tinggi di KLIA Terminal 1, hari ini.

[VIDEO] ‘Spider-Man mana sesat di KLIA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki hanya berseluar pendek dengan selamba memanjat struktur besi di bahagian dinding kaca, dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang hari ini.

Video kejadian itu turut dikongsikan pengguna Threads Syamdut yang memuat naik rakaman memperlihatkan lelaki tersebut memanjat struktur besi tinggi sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.

“Macam-macam hal KLIA nowadays (masa kini),” katanya ringkas pada hantaran itu hari ini.

Ia mendapat pelbagai maklum balas termasuk seorang pengguna Threads JK112 yang berkongsi video dari pandangan lain di ruangan komen.

“Dia lah yang buat flight (pesawat) saya perlu ambil lif,” katanya yang terpaksa menggunakan laluan lain untuk memasuki pesawat.

“Bila ni kat KLIA? Sekarang tak nampak pun Spider-Man baru ni,” komen Hdyahrzal.

“Kami saksi kejadian. Baru sampai KLIA dari pintu betul-betul sebelah. Eskalator bawah dia tutup, jadi kami ambil jalan ke lif untuk masuk terminal,” kata Abdrasyidrhm yang turut berkongsi video di ruangan komen.

“Dia ingat, dia Spider-Man ke? Aiyoo,” kata The.baryonyx.

“Dah Spider-Man mana pula tu?,” kata Tydasurprise. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN