Anggota bomba dan pasukan penyelamat ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. FOTO JBPM SELANGOR

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Raya ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Raya di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras di sini ditemukan selamat hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa.

“Mangsa telah dijumpai,” katanya ringkas sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki memasuki hari kedua dengan pencarian meliputi jarak kira-kira lapan kilometer.

Operasi pencarian disambung semula pukul 9 pagi tadi dengan membabitkan dua pasukan SAR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN