LOKASI kejadian yang mengorbankan dua beradik ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Tendong, Pasir Mas, petang tadi.

Dua beradik maut pulang dari sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Dua beradik maut, manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas dalam kejadian di Kampung Tendong, di sini petang tadi.

Dalam nahas pada pukul 2.30 petang itu, mangsa berusia enam dan 10 tahun masing-masing disahkan meninggal dunia di lokasi dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Abang mangsa yang berusia 18 tahun pula dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika remaja tersebut membonceng dua adiknya pulang ke rumah dari sekolah sebelum motosikal yang ditunggang tiga beradik tersebut terbabas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN