Mohd. Faedzyal Mohamed (kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk orang kurang upaya (OKU) Orang Asli di Bukit Beringin, Pos Pulat, Gua Musang. Foto AIMUNI TUAN LAH

‘Elak dulu konvoi 4×4 ke kampung Orang Asli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Laluan keluar masuk ke perkampungan Orang Asli di pedalaman daerah ini berisiko terputus jika jalan dan jambatan rosak akibat pergerakan konvoi pacuan empat roda (4×4) serta kunjungan luar ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Mohd. Faedzyal Mohamed berkata,m, keadaan jalan yang terjejas akibat hujan berterusan bukan sahaja berisiko mengundang tanah runtuh dan kepala air, malah kerosakan laluan serta jambatan boleh menjejaskan kehidupan penduduk.

“Jika jalan atau jambatan rosak, penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman akan berdepan kesukaran untuk keluar masuk kampung terutama ketika musim bencana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk Orang Asli di Bukit Beringin, Pos Pulat.

Mohd. Faedzyal berkata, pertubahan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang mahu mengadakan program di perkampungan Orang Asli perlu mendapatkan kebenaran Jakoa terlebih dahulu bagi memastikan aktiviti mereka diselaraskan dengan pihak jabatan.

“Prosedur itu bukan hanya terpakai ketika MTL sebaliknya perlu dipatuhi sepanjang tahun. Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi Jakoa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN