PETALING JAYA – Kegiatan mencuri kabel dilihat semakin berani apabila sekumpulan individu dipercayai melakukan perbuatan itu secara terang-terangan pada waktu siang.
Menerusi video yang dimuat naik di Threads, beberapa individu dilihat melakukan kegiatan tersebut di kawasan terbuka tanpa menghiraukan kehadiran orang awam.
Dalam video berkenaan, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan dua kenderaan iaitu Honda Odyssey dan Nissan Navara ketika melakukan kegiatan berkenaan.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian serta waktu rakaman tersebut tidak dapat dipastikan.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya kegiatan tersebut.
“Amboi, kereta bukan main mewah, tapi kerja merompak. Sedih,” kata Nieza.
“Kenapalah penguatkuasaan undang-undang dekat negara kita ini lemah sangat? Tak payah tunggu malam, terang-terang macam ini pun mereka berani buat,” ujar Faris.
“Tabik dekat abang-abang yang berlari baling kon merah,” komen Daniel.
“Pengawal keselamatan tak boleh pakai, tangan rakyat juga kena bekerja. Apa nak jadi Malaysia?” luah Arief. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














