fbpx
Sebuah premis memproses ayam di Puchong diarahkan tutup selepas diserbu pihak berkuasa sebaik menerima aduan mengenai cara penyembelihan yang meragukan status halalnya baru-baru ini.

JAIS buru pemilik sebenar premis ‘ayam bangkai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dalang sebenar operasi penyembelihan ayam yang disyaki tidak mengikut hukum syarak di sebuah premis di Puchong masih menjadi tanda tanya apabila apabila kegiatan itu dipercayai membabitkan lebih daripada satu syarikat atau entiti.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar premis serta syarikat yang menjalankan operasi berkenaan.

Menurut beliau, semakan awal mendapati premis di Kampung Sri Aman Hilir itu tidak mempamerkan sebarang papan tanda atau maklumat perniagaan yang boleh mengenal pasti entiti pengendalinya.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada individu yang ditangkap dalam kes tersebut, operasi di premis itu didakwa dijalankan oleh lebih daripada satu syarikat atau entiti.

“Pada masa ini, pihak JAIS sedang mendapatkan maklumat lanjut tentang pemilik sebenar premis dan pemilik syarikat yang didaftarkan di atas premis tersebut daripada Pejabat Daerah dan Tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, identiti individu atau syarikat yang terlibat belum dapat didedahkan kepada umum sehingga pihaknya memperoleh maklumat yang sahih.

“JAIS akan segera memaklumkan perkara ini selepas maklumat sahih diperoleh.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan agar memberi kerjasama dan mengemukakan maklumat berhubung kes ini kepada pihak JAIS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau menjelaskan, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak JAIS di bawah Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Seksyen 121F Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam pada itu, beliau berkata, JAIS mengesahkan premis tersebut tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh dirujuk tentang permohonan pensijilan halal dan juga tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Rekod JAIS turut menunjukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan Perakuan Penyembelih untuk sembelihan yang dilaksanakan di premis itu.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat 12 orang dipercayai pekerja warganegara Bangladesh dan Pakistan, tanpa ada pekerja warganegara Malaysia.

“Pekerja Bangladesh dan Pakistan ini dipercayai melakukan penyembelihan ayam secara tidak patuh syarak iaitu melakukan sembelihan selepas ayam tersebut mati melalui proses renjatan air berarus elektrik melebihi kadar voltan yang dibenarkan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan ayam yang diproses di premis tersebut dipercayai telah diedarkan ke pasar rava termasuk aya remis yang menjadi tumpuan engguna Islam di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

Antara kawasan pengedaran dikenal pasti adalah Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putra Perdan Putrajaya selain bebera pa lokasi lain di Lembah Klang.

Dalam operasi bersepadu dijalankan pukul 12.40 tengah malam pada 30 Oktober lalu turut membawa kepada rampasan 468 bungkusan plastik mengandungi 6,555 kilogram (kg) ayam mentah yang dianggarkan nggarkan bernilai RM85,400. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN