Irene Sofiya dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

KPM nafi Irene Sofiya diseret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut selepas disyaki dibunuh di dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin, diheret dari surau ke tempat kejadian, seperti yang tular di media sosial.

Menteri, Datuk Seri Fadhlina Sidek, turut menafikan dakwaan terdapat cermin yang pecah di surau, yang dikaitkan dengan kejadian itu.

“Jadi, ini semua tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.

“Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN