GAMBAR yang dikeluarkan oleh Tentera Laut AS pada 11 September 2026 menunjukkan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS George H.W. Bush (CVN 77) dikerahkan ke kawasan operasi Armada Ke-5 AS bagi menyokong keselamatan dan kestabilan maritim di Asia Barat. - AFP

Dua kapal perang bawa 5,000 askar AS ‘serbu’ Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – Dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat(AS)  membawa lebih 5,000 askar dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Laut Dalam Phuket dari 5 hingga 10 Oktober ini, lapor laman berita Thaiger.

Wakil Kedutaan AS di Thailand, Lou Pham dan Robert Robinson telah bertemu pegawai- pegawai di Balai Polis Patong kelmarin untuk membincangkan pengaturan bagi ketibaan anggota tentera laut berkenaan.

Lawatan itu akan melibatkan kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush (CVN-77), yang membawa sekitar 4,800 anggota tentera dan USS Delbert D. Black (DDG-119) membawa 320 askar.

Wakil tersebut  turut membincangkan penyelarasan antara agensi Thailand dan pihak AS sepanjang lawatan di pelabuhan tersebut, termasuk langkah-langkah untuk mengekalkan ketenteraman awam serta membantu anggota yang melawat semasa mereka berada di Phuket.

Sebuah kumpulan sembang Line ditubuhkan bagi komunikasi antara agensi terlibat untuk mempercepatkan penyelarasan sepanjang lawatan mereka.

Pegawai Thailand turut memberi taklimat kepada wakil AS mengenai peraturan bagi askar AS   dengan tumpuan mereka mesti mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan  sepanjang berada di Thailand.

Dalam lawatan serupa  bulan lalu, lebih 5,000 anggota Tentera Laut AS daripada  kapal USS Abraham Lincoln tiba di Pattaya untuk bercuti di darat selama lima hari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN