SEMUA mangsa ditahan di sebuah kediaman di kejiranan Lambori, Cox’s Bazar sebelum diseludup ke Malaysia. - BDNEWS24

17 warga Bangladesh cuba diseludup ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Batalion Polis Bersenjata Khas (SARB) menyelamatkan 17 warga Bangladesh daripada sindiket penyeludupan manusia selepas mereka dikumpulkan di sebuah rumah sebelum dibawa ke Malaysia melalui jalan laut, lapor laman berita Narinjara News. 

Serbuan itu dijalankan sekitar pukul 5.40 petang (waktu tempatan) di sebuah rumah milik Md. Ibrahim di kejiranan Lambori, Cox’s Bazar, baru-baru ini. 

Pihak berkuasa menyelamatkan 17 individu yang ditahan di kediaman berkenaan, manakala beberapa suspek sempat melarikan diri. 

Kesemua mangsa yang berasal darii Cox’s Bazar dan Bandarban itu mendedahkan mengenai  taktik migrasi yang kerap digunakan oleh sindiket tersebut. 

Sebilangan warga Bangladesh cuba menyeberangi laut berbahaya menuju ke Malaysia dan merancang untuk menuntut status Rohingya selepas ketibaan bagi memohon suaka dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Maklumat mengenai suspek masih belum didedahkan, namun kesemua mangsa dipindahkan ke Balai Polis Model Teknaf untuk tindakan undang-undang selanjutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN