JALAN Wong Ah Fook, Johor Bahru antara kawasan terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat melanda bandaraya ini petang hari ini.

[VIDEO] Hujan lebat sejam, beberapa kawasan JB dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Hujan lebat yang melanda bandar raya ini kira-kira sejam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air dalam kejadian banjir kilat.

Antara lokasi terjejas ialah Jalan Ayer Molek dan Jalan Tun Abdul Razak yang menyaksikan air bertakung di beberapa bahagian jalan sehingga mengganggu kelancaran trafik.

Keadaan sama turut berlaku di Kampung Pasir apabila beberapa kawasan rendah dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan sistem perparitan di beberapa lokasi dipercayai tidak dapat menampung aliran air yang tinggi dalam tempoh singkat.

Tinjauan mendapati keadaan banjir kilat itu turut menyebabkan kenderaan yang melalui kawasan terjejas perlu memperlahankan pergerakan bagi mengelak risiko keselamatan.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai mangsa yang dipindahkan atau kerosakan serius akibat kejadian berkenaan.

Orang ramai terutama pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan yang dinaiki air dan mengelakkan laluan berisiko sekiranya hujan lebat kembali berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN