PEARLY dan Thinaah menjadi satu-satunya penyumbang pingat buat kem badminton negara di Sukan Asia 2026 kali ini. - BERNAMA

Sukan Asia: Pearly, Thinaah akui masih bangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menyifatkan kejayaan menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Malaysia tetap pencapaian yang positif walaupun hasrat ke final tidak kesampaian.

Gandingan ranking No. 5 dunia itu hampir meletakkan sebelah kaki ke final selepas menang set pertama sebelum tewas kepada pasangan No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-16, 20-22, 12-21 di Gimnasium Majlis Bandaraya Ichinomiya, Nagoya semalam.

​Aksi sengit separuh akhir jelas meninggalkan sedikit rasa ralat, namun Thinaah menegaskan mereka perlu melihat gambaran lebih besar dalam usaha kekalkan momentum untuk mengharungi kejohanan akan datang.

​”Ya, saya rasa ia satu perkara yang positif apabila dapat bawa balik gangsa untuk Malaysia.
​Bagaimanapun, masih banyak perkara yang kami kena perbaiki dan pelajari. Kami mahu kaji semula perlawanan tadi, berbincang dan bangkit lebih kuat selepas ini,” katanya.
​
Mengulas mengenai kegagalan memanfaatkan peluang di set kedua dan ketiga, Pearly mengakui kelekaan di mata-mata penting menjadi pemisah antara mereka dan pihak lawan.

​”Begitu hampir (untuk menang straight set), tetapi belum ada rezeki. Ketika mata-mata penting, kami kurang tenang. Mereka mampu kekalkan kelajuan permainan di set ketiga dan itu beri banyak tekanan kepada kami,” katanya Pearly.

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk meraih pingat dalam acara beregu wanita di Sukan Asia selepas gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei melakukannya pada edisi Incheon 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN