fbpx
WARGA emas berjalan melintasi deretan gerai menjual makanan di timur London semasa gelombang haba melanda pada 26 Jun lalu. – AFP

Gelombang haba di England ragut lebih 2,700 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON –  Sekurang-kurangnya 2,700 orang terkorban di England dan Wales akibat gelombang haba pada Mei dan Jun tahun ini, demikian  menurut kajian yang disiarkan hari ini.

Pakar-pakar  dari Kolej  Imperial London, Pejabat Meteorologi serta  Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika London menggunakan data cuaca, model iklim dan kajian mengenai lebihan kematian semasa gelombang haba berlaku untuk mencapai anggaran mereka.

United Kingdom(UK) dan kebanyakan rantau  Eropah mengalami dua gelombang haba yang belum pernah terjadi pada Mei serta Jun lalu,  dengan rekod bulanan masing-masing mencatat suhu 35.1 darjah Celsius dan 37.7 Celsius  di England.

Ia adalah gelombang haba yang ekstrem  untuk UK dan untuk semua kawasan di Eropah Barat. Ia  amat luar biasa dan  berlaku awal,” Pengurus Sains Pasukan Atribusi Iklim Jabatan Meteorologi, Mark McCarthy  dipetik sebagai berkata dalam kajian itu.

Kajian sama menganggarkan kira-kira 550 orang meninggal dunia akibat gelombang haba antara 21 hingga 29 Mei lepas dan hampir 2,200 mati antara 18 hingga 28 Jun lalu di England serta Wales.

Pasukan saintis berkenaan menganggarkan suhu maksimum siang hari adalah antara 3  hingga 4 Celsius lebih tinggi daripada  sepatutnya tanpa pemanasan global. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN