fbpx
ZAKI dituduh sedang dilamun cinta dengan seorang personaliti TikTok.

Sekali lagi buat cerita pelik, surat saman sampai – Zaki Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dituduh sedang dilamun cinta, penyanyi Zaki Yamani enggan berdiam diri dan bersedia menghantar surat tuntutan mahkamah sekiranya ada pihak menyebarkan spekulasi tidak benar tentang dirinya.

Amaran yang dikeluarkan Zaki atau nama lengkapnya Zaki atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, menunjukkan bahawa dakwaan berkenaan tidak benar.

“Sekali lagi awak buat cerita pelik macam ini, surat saman sampai depan rumah awak ya,” katanya dalam Threads.

Tindakan tersebut berpunca daripada hantaran seorang individu yang mendakwa kononnya anak raja pop Datuk Jamal Abdillah itu sedang dilamun cinta dengan personaliti TikTok.

“Cik Zaki tengah angau sekarang ini. Ada seorang TikToker dah berjaya curi hati dia.

“Pantang lalu dalam FYP (for you page), mesti tersenyum sorang-sorang layan video si dia. Cuba teka siapa,” kata individu tersebut.

Hasil tinjauan lanjut mendapati, individu terbabit sering memuat naik hantaran mengenai Zaki secara berterusan di akaun Threads miliknya, dipercayai sengaja bagi menarik perhatian umum.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN