BALIK PULAU – Peniaga durian di Balik Pulau menolak dakwaan raja buah itu semakin kurang mendapat perhatian, sebaliknya menegaskan durian dari daerah itu kekal menjadi pilihan utama peminat buah bermusim. Pemilik gerai Jomi Durian, Johan Abu Bakar, 42, berkata, durian Balik Pulau terus mendapat permintaan tinggi meskipun berlaku penurunan harga. Menurutnya, daerah itu masih menjadi pilihan utama peminat raja buah dengan sambutannya yang tidak pernah surut sejak musim bermula awal Mei lalu. “Memang kedai di sini tidak pernah kosong daripada…














