fbpx
KODI menafi keras perubahan mendadak fizikalnya yang semakin kurus disebabkan mengambil bahan terlarang. - M. FIRDAUS M. JOHARI

Turun 20kg, orang ingat saya ambil ‘barang’ – Kodi Rasheed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Gara-gara kelihatan semakin kurus, pelakon Kodi Rasheed mendedahkan ada segelintir individu mendakwanya sakit dan mengambil barang terlarang.

Enggan disalah erti, Kodi atau nama penuhnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 35, tampil membersihkan namanya dengan menegaskan tuduhan itu sama sekali tidak berasas.

“Ada orang ingat saya sakit. Setiap kali saya keluar rumah, orang tanya. Sampai ada yang telefon nak tanya apa sudah jadi.

“Ada (dakwaan ambil dadah). Saya kata kalau ambil ‘barang’ saya tak boleh menjalani penggambaran dan menyusahkan ramai orang.

“Perbuatan itu akan makan diri saya balik, jadi tak perlu,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem The Real Mamu, baru-baru ini.

Mengulas tentang perubahan fizikalnya, pelakon filem Libang Libu itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan.

“Sebelum ini saya turun 20kg untuk filem Hak. Saya ambil masa selama tiga bulan.

“Sebelum itu kena turunkan berat badan daripada 82kg ke 70kg sebab Malaikat Malam.

“Apabila terlibat dengan Hak, mereka nak saya kurus lagi sampailah berat saya 62kg,” ujarnya.

Diminta berkongsi rutin yang dijalani bagi merealisasikan misi itu, Kodi berkata dia menjaga pemakanan selain menghentikan pengambilan gula.

“Gula diharamkan masuk dalam badan saya selama tiga bulan.

“Saya tak ambil gula dan tepung. Hari-hari makan ikan bakar.

“Saya ambil nasi sikit sahaja dan malam makan buah jambu batu,” ujarnya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Kodi bakal menjalani penggambaran filem The Real Mamu pada 25 Jun ini.

The Real Mamu mengupas kisah seorang bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN