BATU PAHAT – Seorang wanita tidak dapat menahan kemarahan dengan menjerit sekuat hati selepas seorang lelaki warga emas mengaku merogol cucunya di sebuah rumah di daerah ini, sejak tahun lalu.
Pengakuan itu menyebabkan wanita dipercayai ibu mangsa meraung sambil menyebut ‘Allahuakbar’ selepas anak perempuannya berusia 13 tahun mendedahkan kejadian itu kepadanya beberapa hari lalu.
Melalui video berdurasi 1:04 saat itu, suspek berusia 67 tahun yang sudah direman di Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi tadi memberitahu, dia melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap cucunya
“Ada juga buat,” demikian Itu pengakuan seorang pesara warga emas dalam satu video yang tular selepas ditanya oleh anaknya.
Suspek adalah ayah kepada bapa mangsa dan tinggal bersamanya selepas ibu bapanya bercerai.
Menerusi video itu juga, suspek meminta ahli keluarga membuat laporan selepas mengaku melakukan perbuatan keji terhadap cucu kandung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Terdahulu, suspek direman enam hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Perintah reman ke atas suspek dibenarkan oleh Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.
Kejadian itu terbongkar selepas ibunya menyedari anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan yang pada mulanya, mangsa tidak bercerita tentang perkara itu namun selepas didesak, akhirnya dia memberitahu dirogol datuk sendiri.
Bagaimanapun, pada April lalu, ibu mangsa membawanya pulang ke sebuah negeri di utara tanah air dan berdasrkan maklumat awal, kejadian berlaku sepanjang tahun lalu dan kali terakhir Disember lalu. – KOSMO! ONLINE














