BANDAR BAHARU – Penduduk di Pekan Lubuk Buntar, Serdang di sini cemas apabila bumbung rumah kedai di kawasan itu melayang dalam pusaran angin, petang tadi.
Satu video yang memaparkan puluhan kepingan zink berterbangan di udara ketika hujan lebat tular di media sosial.
Terdapat juga video yang menunjukkan bumbung berselerak di atas jalan raya termasuk menimpa kenderaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan kerosakan rumah atau pokok tumbang akibat ribut di daerah itu petang tadi.
“Walau bagaimanapun, memang berlaku ribut di Pekan Lubuk Buntar yang melibatkan dua rumah kedai dengan bahagian bumbung tercabut dan diterbangkan angin,” katanya di sin,i hari ini. – KOSMO! ONLINE














