fbpx
BAH ROSLAN (dua dari kiri), Mohd. Asmadi (tiga dari kiri) dan Nazri (tiga dari kanan) ketika ditemui di Kampung Lubuk Gaharu, Tapah hari ini.

Penyelamatan Jaslinda pengalaman sekali seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Tiga individu tidak dapat melupakan pengalaman berjaya menyelamatkan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, pada Sabtu lalu di kediaman mereka di Kampung Lubuk Gaharu, di sini.

Peristiwa itu ibarat sekali dalam seumur hidup bagi Nazri Bah Eng, 55; Bah Roslan Bah Sulpok, 51, dan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah, 63.

Menurut Mohd. Asmadi, dia berbangga dengan dua anak buahnya iaitu Nazri dan Bah Roslan kerana berjaya menemukan Jaslinda Saludin, 49, yang sesat semasa mendaki Gunung Batu Putih selama dua minggu.

“Saya bersyukur dia (Jaslinda) sampai ke rumah (kampung) kami. Sebab dua minggu (hilang) mungkin dia tak boleh bertahan, boleh mati atau meninggal tetapi kerana Allah SWT telah tengok (lindungi) dia.

“Dia semangat hendak berjumpa keluarga, anak, ibu dan ayahnya, panjang umurnya. Selain itu, Jaslinda juga berjanji akan bertemu dengan kami apabila sihat sepenuhnya kelak,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang, Choong Shin Heng telah menyampaikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan kerana menemukan Jaslinda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN