fbpx
Anwar beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Meranti, Puchong hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PH siap siaga hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Pakatan Harapan (PH) mendakwa jentera parti itu berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persiapan bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR Johor yang lalu.

Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan adalah perkembangan politik di Johor serta langkah memperkukuhkan jentera parti.

“Kita bincang perkembangan di Johor, keperluan untuk perkukuhkan pasukan.

“Kemudian telah berlaku pembubaran DUN Negeri Sembilan jadi kita persiapkan pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Meranti, Puchong di sini hari ini.

Mengulas tahap kesiapsiagaan PH, Anwar berkata, laporan yang diterimanya menunjukkan jentera parti sedang berusaha sebaik mungkin walaupun berdepan notis pilihan raya yang singkat.

“Setakat laporan semalam, kita buat sedaya upaya kita walaupun di Johor itu satu notis yang singkat pada masa itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pimpinan kerajaan supaya tidak terlalu terikat dengan agenda pilihan raya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Katanya, fokus utama kerajaan ketika ini adalah memulihkan ekonomi dan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN