fbpx
TIGA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini atas pertuduhan pilihan menyimpan harta curi berupa Ford Raptor yang tular dilarikan dalam kejadian di Gemencheh bulan lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH

Tiga lelaki mengaku salah simpan Ford Ranger Raptor curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan pilihan menyimpan harta curi berupa Ford Raptor di Gemencheh bulan lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara dari tarikh ditangkap ke atas tertuduh, Hafiz Said dan Mohd. Fauzi Rahmad yang masing-masing berusia 41 tahun.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Norhisham Ismail, 39, yang dibacakan pertuduhannya secara berasingan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dari tarikh ditangkap.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, kesemua mereka secara tidak jujur telah menyimpan harta curi iaitu sebuah pikup jenis Ford Ranger Raptor milik seorang lelaki berusia 42 tahun yang hilang di Taman Asahan Jaya pada 21 Mei lalu kira-kira pukul 5.50 petang.

Perbuatan menyimpan harta curi itu telah dilakukan pada pukul 2 pagi pada 22 Mei lalu.

Kesemuanya dihukum mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN