fbpx
GAMBAR (bulatan) menunjukkan sebutir meteor yang meletup dengan kekuatan 300 tan TNT di ruang udara Amerika Syarikat semalam. – NOAA

Amerika bergegar, meteor kuasa letupan 300 tan TNT meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebutir meteor meletup di ruang udara timur laut Amerika Syarikat(AS) semalam, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan(NASA), mencetuskan dentuman yang bergema di seluruh wilayah dengan kuasa letupan menyamai 300 tan TNT.

Bebola api raksasa  itu pecah di ruang udara timur laut Massachusetts dan tenggara New Hampshire pukul 2.06 petang, kata timbalan ketua berita agensi angkasa lepas AS, Jennifer Dooren, kepada AFP dalam satu kenyataan.

“Bebola api ini tidak dikaitkan dengan sebarang hujan meteor yang aktif pada masa ini, tetapi ia adalah objek semula jadi dan bukan kemasukan semula serpihan angkasa atau satelit.

“Tenaga yang dilepaskan semasa letupan berlaku bersamaan  kira-kira 300 tan bahan letupan TNT,” kata Dooren.

Menurutnya, meteor itu bergerak pada kelajuan 120,000 kilometer sejam dan pecah pada ketinggian 64 kilometer.

Penduduk  kawasan itu terkejut mendengar dentuman sangat kuat sehinggakan rumah-rumah bergegar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN