fbpx
SETIAP kali berlaku kes orang hilang atau tersesat ketika mendaki bukit atau gunung, netizen sering membuat pelbagai andaian dan teori sendiri. - GAMBAR HIASAN

Sesat dan alam bunian tak dapat dipisahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUTAN sememangnya tempat yang menenangkan, bebas daripada bunyi-bunyi bising, asap kenderaan dan bangunan pencakar langit.

Jadi tidak hairanlah, jika kawasan bukit bukau atau gunung-ganang yang masih ‘hijau’ menjadi kegilaan orang ramai mendaki untuk mencari ketenangan.

Meskipun begitu, aktiviti mendaki bukit atau gunung ini hadir dengan risiko tersendiri termasuk tersesat ketika pendakian atau perjalanan turun.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan dua kes kehilangan pendaki sewaktu mendaki bukit dan gunung di Perak.

Kes pertama membabitkan seorang remaja berusia 19 tahun, Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada hujung minggu lalu.

Selepas beberapa hari operasi SAR, Nur Izzati Humaira akhirnya ditemui meninggal dunia kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang pada Selasa lalu.

Kes kedua pula melibatkan seorang pendaki berpengalaman, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada hujung minggu lalu.

Sehingga kini, pasukan SAR masih giat menjejak keberadaan Jaslinda.

Setiap kali berlaku kes orang hilang atau tersesat ketika mendaki bukit atau gunung, netizen dalam media sosial sering membuat pelbagai andaian dan teori sendiri. Salah satunya adalah kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan (dikenali sebagai Acap) yang hilang pada 23 Mac 2019 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.

Ada pihak mengaitkan kehilangan pemuda berkenaan yang sehingga kini masih belum ditemui itu dengan fenomena mistik atau alam bunian. Ada pihak mengandaikan Acap telah masuk ke alam bunian yang tidak nampak dengan mata kasar, sekali gus menyebabkan usaha menjejaki mangsa gagal.

Bagaimanapun, dalam arus kemodenan pada hari ini, ramai pihak memandang enteng dengan kewujudan alam bunian.

Malah, ada segelintir individu yang memperlekehkan usaha melaungkan azan dan membaca doa oleh pihak SAR kerana tidak percaya dengan kewujudan alam ghaib.

Mereka merasakan kes kehilangan para pendaki tidak perlu dikaitkan dengan alam bunian, sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan tersesat atau hal-hal lain.

Hakikatnya dalam perspektif Islam, konsep orang bunian sering dirujuk sebagai sebahagian daripada bangsa jin. Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, orang bunian wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.

Mereka merupakan makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa, hidup berkelompok atau berpekan (seperti manusia), dan dikatakan gemar mendiami kawasan hutan, gunung, serta pinggiran perkampungan.

Ini disokong oleh sebuah hadis Nabi SAW: “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 573)

Walau apa pun andaian dan teori yang dibuat oleh orang ramai ketika ini, penulis berharap Jaslinda dan Acap segera ditemui dalam keadaan selamat. Dengan izin Allah SWT, tiada apa-apa yang mustahil di dunia ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN