fbpx
Seorang ahli Kelab Media Perdana Terengganu sedang melapah daging lembu korban di pekarangan Masjid Al Ansar, Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

6,374 haiwan korban di Terengganu sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sebanyak 6,374 haiwan ternakan akan disembelih sebagai ibadah korban di seluruh Terengganu dalam tempoh empat hari sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim, berkata, kebanyakan haiwan ternakan itu atau 97.78 peratus merupakan lembu.

“Sebanyak 6,233 ekor lembu telah diluluskan permit penyembelihan ternakan korban oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu.

“Selain itu, 96 ekor kambing, kerbau (35) dan kambing biri-biri (10) juga telah dibenarkan disembelih sebagai ibadah korban di negeri ini sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, bilangan ternakan korban pada tahun ini meningkat 179 ekor atau 2.87 peratus berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, sebagai perbandingan, sebanyak 6,229 ekor ternakan telah dijadikan ibadah korban pada tahun lalu.

“JPV Terengganu juga telah mengeluarkan 2,340 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri ini pada tahun ini.

“Pada masa sama, 1,864 permit pindah haiwan ternakan juga telah dikeluarkan agensi sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN