fbpx
CIKGU SYAR’E (tiga dari kanan) meraikan kemenangan selepas keputusan rasmi diumumkan di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, malam ini.

PRN Johor : Cikgu Syar’e tumbangkan bekas MB Johor di Bukit Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAGOH – Calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syar’e Yusof menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dengan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan BN mengambil alih kerusi berkenaan daripada Perikatan Nasional (PN) selepas Ahmad Syar’e yang mesra dengan panggilan Cikgu Syar’e memperoleh 16,386 undi.

Sahruddin yang mewakili PN pula mendapat 5,625 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), C. Subramani memperoleh 4,667 undi.

Keputusan itu memberikan majoriti 10,761 undi kepada Cikgu Syar’e, sekali gus menamatkan penguasaan PN di kerusi DUN Bukit Kepong.

Kemenangan BN di Bukit Kepong turut mencerminkan pengaruh gelombang biru yang menyaksikan parti itu kembali menguasai beberapa kawasan dalam PRN Johor.

Sahruddin sebelum ini menjawat jawatan Menteri Besar Johor dari April 2019 hingga Februari 2020.

Tempoh pentadbiran beliau berakhir susulan perubahan landskap politik negara selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor hilang majoriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN