PONTIAN – “Tarik nafas, tahan dan sembelih.” Itulah petua yang menjadi amalan seorang penyembelih lembu korban, Basar Lamin, 66, sepanjang lebih dua dekad menggalas tanggungjawab besar menyempurnakan ibadah korban. Basar mengakui pada awalnya dia tidak mempunyai keberanian untuk memegang pisau sembelihan, namun rakannya, Allahyarham Nordin Jelani melihat potensi dalam dirinya untuk menjadi tukang sembelih di Kampung Parit Ibrahim di sini. Menurut pesara Syarikat Air Johor (SAJ) itu, dia kemudian mengikuti kursus anjuran Jabatan Veterinar dan Pejabat Agama Pontian sebelum memperoleh……














