fbpx
Zambry berswafoto pada Program Kembara Karisma Pemimpin Muda Madani Zon Tengah PolyCC di PSA Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

‘Tidak timbul soal iktiraf, ikut keperluan dan sistem sedia ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Tidak timbul soal iktiraf, ia berdasarkan keperluan dan sistem pendidikan sedia ada.”

Demikian kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhubung peluang lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mengikuti program di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, penjelasan mengenainya telah dibuat Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Azlinda Azman, petang tadi

“Saya juga telah sebut pagi tadi dan berharap kenyataan Ketua Pengarah memberi gambaran jelas mengenai perkara itu.

“Tidak timbul soal memberi pengiktirafan tapi apa yang disebut adalah berdasarkan kepada keperluan dan sistem pendidikan sedia ada kita seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Karisma Pemimpin Muda Madani Zon Tengah PolyCC di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, petang ini.

Terdahulu, Azlina menerusi sidang akhbar menegaskan bahawa KPT tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran UEC dan sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu bagi mengikuti kursus tertentu di IPTA.

Pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

Selain itu, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar SMPC.

Semalam, KPT memaklumkan langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN