fbpx
Mohamed Khaled (dua kanan) ketika gimik Peluncuran Program PROWIRA-Ready To Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT di Hotel Royale Chulan, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

Pembatalan peluru berpandu Norway tidak jejas penyerahan LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembatalan lesen eksport bagi sistem peluru berpandu anti kapal (NSM) tidak menjejaskan penyerahan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan pada Disember tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan kapal tersebut tetap akan diteruskan dan isu yang timbul hanya melibatkan komponen peluru berpandu.

Menurutnya, bagaimanapun kerajaan akan menilai sistem persenjataan lain sebagai ganti kepada NSM untuk dilengkapkan pada kapal LCS.

“Saya percaya perkara ini tidak akan menjejaskan keseluruhan projek dan yang penting proses penggantian kepada sistem baharu itu tidak menjejaskan jadual penghantaran kapal yang dijangka akan dilaksanakan pada Disember nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran PROWIRA – RTW (Ready To Work) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Norway membuat keputusan secara unilateral untuk menyekat penghantaran peluru berpandu NSM kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Lumut, Perak Selasa depan bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci berhubung perkembangan semasa projek LCS.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan kini sedang mencari alternatif yang boleh disegerakan untuk mendapatkan bekalan peluru berpandu baharu, namun ia bukan proses yang mudah kerana setiap sistem perlu ditempah mengikut spesifikasi.

“Sistem itu juga mesti boleh berhubung dengan sistem lain dalam kapal yang datang daripada pelbagai syarikat berbeza. Sebab itu ia akan mengambil masa untuk dibangunkan, namun kita akan buat pilihan yang tepat dan terbaik untuk negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN