fbpx
Rafizi ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

‘Pengumuman ini luar biasa, kalau biasa saya boleh buat di TikTok sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi gambaran hala tuju politik yang akan diumum beliau pada Ahad ini bakal mencetuskan pelbagai spekulasi politik.

Bagaimanapun, bekas Menteri Ekonomi itu enggan memperincikan perkara tersebut.

Katanya, pengumuman yang akan dibuat bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad itu dianggap bukan pengumuman biasa.

“Pengumuman itu dijangka mempunyai makna lebih besar. Kalau setakat pengumuman biasa, saya boleh buat di TikTok sahaja. Pengumuman ini luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai memberi keterangan secara sukarela di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN