fbpx
Bapa Syed Saddiq iaitu Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff menyifatkan keputusan rayuan hari ini yang ditangguhkan ke tarikh 13 Julai depan sebagai satu ujian.

‘Ingat semua ini ujian, kena sabar’ – Bapa Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Berlapang dada, bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff menyifatkan keputusan rayuan hari ini yang ditangguhkan ke tarikh 13 Julai depan sebagai satu ujian.

Syed Abdul Rahman berkata, buat masa ini perkara yang perlu dilakukan anaknya adalah dengan bersabar.

“Tiada apa nak cakap, cuma ingat ini semua ujian. Kena sabar,” katanya yang ditemui di pekarangan Istana Kehakiman, selepas prosiding, di sini.

Sementara itu, ibu Ahli Parlimen Muar, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz pula lebih selesa tidak mengulas berkenaan penangguhan tersebut.

Selain ibu bapa, tunangnya, Bella Astillah serta beberapa ahli keluarga serta kenalan rapat turut hadir di mahkamah memberikan sokongan moral.

Sepatutnya keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar itu membabitkan empat pertuduhan iaitu pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu diketahui pagi tadi.

Begitupun, seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, mengambil cuti sakit hari ini dan esok.

Sebelum ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan, yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadap bekas menteri terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN