fbpx
ONN HAFIZ (tiga dari kiri) bergambar bersama penyokong selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat jentera BN Bahagian Batu Pahat, Kampung Mengkudu, Rengit, Batu Pahat hari ini.

PRN Johor: Kerjasama BN, Pas semakin menjadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas dilihat semakin menjadi realiti apabila kedua-dua pihak mula menunjukkan sokongan terbuka dalam berkempen.

Perkembangan itu turut mencerminkan penerimaan dalam kalangan masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan positig terhadap penyatuan gerak kerja politik, sekali gus memperlihatkan landskap politik yang lebih matang dan dinamik.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kehadiran wakil Pas yang hadir memberi sokongan sebagai sesuatu yang amat menggembirakan dan di luar jangkaan.

Katanya, kehadiran ahli jawatankuasa Pas Batu Pahat, Misran Samian dan Hazrin Abdul Hamid di kawasan berkenaan menunjukkan hubungan politik yang lebih terbuka dan tidak lagi terikat dengan garis lama perseteruan.

“Dakwaan kononnya kerjasama itu bersifat perkauman adalah tidak tepat dan hanya retorik politik pihak tertentu untuk menakutkan pengundi Cina.

“Saya percaya pengundi Johor lebih matang dan mampu menilai isu sebenar tanpa dipengaruhi sentimen dimainkan pihak luar sepanjang kempen berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat kepada jentera BN bahagian Batu Pahat di dewan kampung Parit Mengkudu, Rengit di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN