fbpx
Choon Aik (tengah) ketika merasmikan Seminar Pembiayaan dan Pematuhan Syarikat untuk PKS di Komtar, George Town.

P. Pinang tubuh penyelaras rentas jabatan bantu PKS terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan jawatankuasa penyelerasan rentas jabatan bagi mempercepat pelaksanaan dasar dan penyepaduan sumber perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan krisis ekonomi global.

Exco Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Goh Choon Aik berkata, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor perniagaan amat penting dalam mencari peluang di sebalik krisis serta membuka laluan baharu dalam dunia yang sentiasa berubah.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa memperjuangkan dasar mesra perniagaan bagi meningkatkan daya saing PKS secara menyeluruh.

“Dalam landskap global yang semakin mencabar ketika ini, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor perniagaan amat penting untuk mencari peluang di sebalik krisis serta membuka laluan baharu dalam dunia yang sentiasa berubah.

“Ini bertujuan membantu perusahaan menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi yang kompleks, sekali gus memperkukuh ketahanan ekosistem perniagaan secara keseluruhan,” katanya di sini.

Mengulas lanjut katanya, usaha bagi membincangkan strategi baharu itu telah dilaksanakan menerusi Seminar Pembiayaan dan Pematuhan Syarikat untuk PKS anjuran Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) di Komtar di sini.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan MPE, William Khoo pula memberitahu, MPE komited memperkukuh jaringan perniagaan, memudahkan padanan sumber serta memacu pertumbuhan mampan PKS dalam persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah.

Beliau menambah, gabungan penerangan dasar kerajaan dan penyelesaian pembiayaan yang diketengahkan dalam seminar tersebut amat bertepatan dengan keperluan mendesak perusahaan masa kini bagi meningkatkan daya saing dan kemampuan menyesuaikan diri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN