fbpx
Gambar hiasan.

SPRM sahkan terima dokumen, rakaman video dari Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima beberapa dokumen dan rakaman video daripada Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan perjanjian pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Hafaz Nazar berkata, dokumen itu diserahkan sendiri oleh Rafizi bersama lima peguamnya di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 10 pagi.

“Kehadiran Rafizi hari ini ke SPRM untuk menyerahkan beberapa dokumen dalam bentuk cetakan serta rakaman video dalam alat pemacu kilat USB yang dikatakan berkaitan dengan Syarikat ARM Limited UK.

“Serahan dokumen tersebut adalah secara sukarela untuk membantu siasatan yang dilakukan terhadap beliau (Rafizi),” katanya sambil memberitahu SPRM selesai mengambil keterangan tambahan pada pukul 1.30 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN