fbpx
Mazhad menyoal wanita itu pada operasi berkenaan di Glenmarie, Shah Alam.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Beli MyKad palsu RM300 untuk kerja gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya beli MyKad dengan harga RM300 untuk bekerja di gudang ini.”

Demikian pengakuan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Mira, 28, merupakan antara 26 pekerja warga asing yang ditahan kerana menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu di sebuah gudang pakaian di Glenmarie di sini.

Wanita berasal dari Lombok itu mendakwa, dia memasuki negara ini sejak lapan tahun lalu dengan menggunakan pasport sebelum dokumen tersebut diambil oleh ejen pekerjaan.

“MyKad palsu itu diperoleh menerusi seorang kenalan di Klang yang menjadi orang tengah. Dia yang menguruskan dan menghantar dokumen tersebut dan saya hanya membayar RM300,” katanya ketika ditemui pada operasi itu.

Menurut Mira, MyKad palsu tersebut hanya digunakan untuk bekerja, bukannya untuk urusan lain.

Sementara itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30-an memberi alasan terpaksa menggunakan MyKad palsu untuk mencari pekerjaan kerana terdesak selepas ditipu ejen.

“Saya terpaksa (guna MyKad palsu) apatah lagi sudah kahwin dan mempunyai empat anak di Medan (Indonesia). Jadi, ada kawan beritahu kalau mahu bekerja boleh buat cara ini dan saya buat sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN